Friday, December 24, 2004

Salah Menyalah

ermm pagi tadi bukak mel..tertarik dgn artikel yang telah di fdorwardkan kt aku
ni aku petik utk tatapan semua..insyaAllah

Berikut adalah Motivasi Mutiara DD pada 7 Disember 2004, hari Selasa jam 7.30 pagi di Radio Malaysia Pulau Pinang.

BANGAU OH BANGAU

Assalamualaikum wbt. Tuan-tuan & puan-puan, para peminat RMPP yang dimuliakan. Mari kita sama-sama menghayati lirik lagu yang menarik bagi saya. Anda dengar lirik lagi ini. Oh bangau Oh bangau mengapa engkau kurus. Macam mana aku tak kurus ikan tak mahu timbul. Oh ikan Oh ikan kenapa tak mahu timbul. Macam mana aku nak timbul rumput panjang sangat. Oh rumput Oh rumput kenapa panjang sangat. Macam mana aku tak panjang kerbau tak makan aku. Oh kerbau Oh kerbau kenapa tak makan rumput. Macam mana aku nak makan perut aku sakit. Begitulah seterusnya. Mesej yang menonjol dari lagu ini ialah apabila masalah timbul setiap pihak akan mencari alasan dan juga bertindak untuk menyalahkan orang lain. Bangau menyalahkan ikan. Ikan menyalahkan rumput.

Rumput menyalahkan kerbau dan begitulah seterusnya. Sikap cepat menyalahkan orang lain tanpa usul periksa merupakan satu budaya yang keji. Sebenarnya jika umat islam dan orang melayu secara umumnya hendak berjaya, mereka perlu berani menyalahkan diri sendiri diatas apa yang berlaku keatas diri mereka. Jika mereka asyik menyalahkan orang lain, asyik mencari alasan sudah pasti akhirnya mereka tidak akan menjadi golongan yang cemerlang. Bila kita perhatikan umat islam, mungkin fenomina Bangau Oh Bangau ini telah menjadi suatu budaya kepada kita. Bila umat islam ditimpa dengan tragedi, kita salahkan orang lain. Saya tidak mengatakan bahawa musuh-musuh islam tidak ada. Saya tidak mengatakan bahawa orang islam semata-mata perlu dipersalahkan berhubung dengan semua tragedi yang berlaku. Tidak !!!. Musuh-musuh islam memang berperanan dengan licik sekali untuk menghancurkan islam adan Allah telah menyatakan tentang perkara ini dibanyak tempat dalam Al-Quran.

Apa yang sebenarnya yang kita kena lakukan juga ialah melihat juga kesalahan kita sendiri, sebab kadangkala kita juga merupakan sebahagian dari masalah dan tragedi. Kita perlu mencari kesilapan kita. Perbaikki kesilapan kita. As-Sheikh Hasan An-Nadwi Dalam buku beliau yang terkenal bertajuk " Kerugian dunia kerana kemunduran umat islam ". Dalam buku itu beliau merumuskan sebab-sebab keruntuhan umat islam pada hari ini dan diantaranya kata beliau, para ilmuan islam gagal perkembanagkan ilmu. Ramai dari kalangan ilmuan islam bermula dari abad ke-17 masihi , ghairah membahaskan ilmu falsafah yang diasaskan olah bangsa Yunani. Mereka juga asyik berbicara tentang ruh, " wehdatul ujud " dan ranting-ranting islam. Ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan sains dan teknologi langsung tidak di fokuskan, sedang di Barat ketika itu ledakkan ilmu sains dan teknologi berlaku dengan pesatnya. Akhirnya barat menguasai dunia islam yang sedang leka. Itu satu diantara punca kejatuhan umat islam mengikut pandangan As-Sheikh Hasan An-Nadwi.

Punca yang berikutnya kata beliau ialah timbulnya Bid'ah dan kesesatan dalam dunia islam. kesucian akidah dan keluhuran ibadah serta syariat yang ditegakkan oleh nabi dikemudian harinya dicemari oleh pandangan serta amalan bid'ah yang menyesatkan. Tokok tambah dalam agama tanpa berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah menjadi popular sehingga akhirnya ia berjaya memudarkan cahaya islam yang asli lagi murni. As-Sheikh Hasan An-Nadwi memberikan banyak lagi punca, tapi sata sekadar fokuskan 2 punca untuk kita sama-sama fikirkan iaitu kita umat islam telah meminggirkan ajaran islam yang asal yang dibawa oleh nabi. Kita wujudkan perkara yang tidak pernah diamalkan nabi dalam bab ibadah, syariat dan akidah sehingga lahir bid'ah dan kesesatan atas nama islam padahal ia bukan dari islam. lantas akhirnya pudarlah ajaran islam yang asli lagi murni. Bila itu berlaku Allah timpakan bala kepada kita. Punca yang lagi satu kata as-Sheikh Hasan An-Nadwi ialah umat islam asyik bercakap tentang perkara ranting berhubung agama. Usallinya, cara selawatnya, bertengkar tentang tarawih 8 atau 20 rakaat.Tidak habis dengan isu itu sehingga akhirnya kita melupakan ilmu-ilmu yang penting seperti sains dan teknologi. Lantas itu muhasabah untuk diri kita. Bila kita melihat kelemahan yang kita sebutkan tadi, kita perbaikinya dan jangan jadi seperti golongan yang membudayakan konsep Bangau Oh Bangau.

Bila sesuatu menimpa kita yang negatif, salahkan orang lain dan lupa untuk menyalahkan diri kita sendiri. Sekarang mari kita muhasabah diri kita untuk kita perbaiki kesilapan kita. semoga insyaallah kita akan pertingkatkan ilmu, takwa dan amal. Dari situlah kita menaikkan semula imej kita yang negatif pada hari ini.

Haiwan & Zodiak

Assalamualaikum semua...
ni aku amik dari laman web Ukhwah.com...
dok lepak2 kt D07 amik artikel paste kt cn...baru org lain boleh baca....
okies....layarilah www.ukhwah.com

Haiwan & Zodiak

Tahukah kamu bahawa tarikh lahir mu juga boleh disesuaikan dengan kelompok haiwan seperti arnab, tikus, singa, kucing, merpati, penyu, harimau kumbang dan monyet. Ingin mengenali diri kamu dengan lebih dekat? Caranya mudah sahaja, kenal pasti bilakah tarikh lahir mu serta lihat kesesuaian haiwan seperti yang telah dikategorikan di bawah! Mmm... pasti kamu akan mengenali diri kamu dengan lebih mendalam selepas ini!


KUCING
01 - 05 Februari
24 - 31 Mac
25 - 30 Jun
27 - 31 Julai
15 - 27 September
17 - 30 November

TIKUS
10 - 24 Januari
16 - 23 Mac
15 - 26 April
01 - 03 Jun
01 - 09 Julai
16 - 25 Ogos

ARNAB
01 - 09 Januari
01 - 03 April
15 - 20 Jun
10 - 15 Julai
28 - 30 September
01 - 16 Disember

SINGA
25 - 31 Januari
13 - 15 Mac
22 - 31 Mei
01 - 16 November

MERPATI
06 - 14 Februari
14 - 21 Mei
16 - 26 Julai
01 - 14 September
26 - 31 Disember

PENYU
15 - 21 Februari
27 - 30 April
04 - 14 Jun
26 - 31 Ogos
16 - 27 Oktober

MONYET
01 - 12 Mac
01 - 13 Mei
21 - 24 Jun
01 - 15 Ogos
01 - 15 Oktober
17 - 25 Disember

HARIMAU KUMBANG
22 - 28 Februari
04 - 14 April
28 - 31 Oktober



ARNAB

Individu yang tergolong dalam kategori ini ternyata memiliki penampilan yang menarik dan kebiasaannya popular di kalangan teman-teman. Sikap mu yang mudah bergaul menjadikan kamu antara individu yang mudah didekati dan bijak berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa mengira batasan usia mahupun bangsa. Sikap tenang dan bijak yang sememangnya jelas ada pada diri kamu itu juga sering mendapat perhatian ramai dan tidak hairanlah sekiranya kamu sering dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu tugasan secara berkumpulan.


KUCING

Pemalu dan comel, itulah karakter yang mampu dilihat dengan jelas pada individu yang terdiri dari kelompok ini. Adakalanya individu ini lebih gemar mengikut orang lain dan kurang gemar untuk memulakan bicara atau berbual dengan individu yang tidak di kenalinya. Mereka juga terlalu berhati-hati dalam memilih teman. Dari sudut pandangan lain, ternyata individu dari kategori ini sentiasa bersikap baik hati kepada sesiapa sahaja.


MONYET

Keperibadian individu dari kategori ini sentiasa menarik perhatian ramai. Kamu juga sentiasa memiliki perwatakan yang ceria dan agresif. Sikap ceria itu telah menarik minat ramai orang di sekeliling mu untuk menjalinkan ikatan per sahabatan dengan mu. Tidak hairanlah sekiranya individu dari kategori ini memiliki ramai teman dan sentiasa bijak menyesuaikan diri walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang gemar bergosip ada kalanya agak kurang menyenangkan sesetengah pihak. Bagi kamu, itu semua tidak penting! Prinsip hidup kamu, 'hidup mesti ceria!' Selain itu kamu juga gemar menarik perhatian orang di sekeliling dan sentiasa ingin menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu perkara.


HARIMAU KUMBANG

Sikap misteri mu agak menggusarkan orang di sekeliling mu. Walau bagaimanapun kamu tetap memiliki ramai teman. Emosi mu yang sering berubah-ubah menjadikan individu di sekeliling mu sentiasa berhati-hati ketika bersama dengan mu. Selain itu, kamu juga sering dikaitkan dengan pelbagai gosip. Berdasarkan keperibadian yang kamu miliki, ternyata kamu sesuai memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua.


TIKUS

'Diam-diam ubi berisi' itulah gambaran terdekat mengenai keperibadian mu. Kamu dikenali sebagai cekap dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan. Sikap terlalu pemalu yang ada dalam diri mu itu harus dikurangkan. Selain itu, sikap kamu yang kelakar dan comel sentiasa menarik perhatian individu di sekeliling mu. Walaupun kamu tidak tergolong dalam kelompok kumpulan popular, dirimu tetap dikenali ramai.


SINGA

Kamu memang dilahirkan sebagai pemimpin. Indivdiu di sekeliling mu sentiasa berasa selamat bila berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki ramai teman dan berpewatakan menarik. Sikap peramah dan mesra yang sememangnya wujud secara semula jadi dalam diri mu telah menarik ramai orang untuk bersahabat dengan mu, maka tidak hairanlah sekiranya kamu memiliki teman baru saban hari.


PENYU

Sikap lemah lembut dan baik hati memang ada dalam diri kamu. Namun, ada sesetengah pihak agak kurang senang hati dengan sikap mu kerana kamu sering menilai kehendak dan keinginan orang lain hanya berdasarkan persepsi pemikiran diri kamu sendiri. Walau bagaimanapun kamu adalah seorang teman yang dan tidak bersikap seperti 'talam dua muka'.


MERPATI

Kamu terlalu mudah untuk jatuh cinta. Kamu juga tergolong dalam kategori individu yang sentiasa bersikap tenang. Sememangnya kamu bukannya dari kalangan individu yang terlalu pemalu, namun kamu lebih gemar bersikap menyendiri dalam kehidupan harian mu.

Saturday, December 18, 2004

Sila amik pengajaran dari kisah di bawah ni....
crita ni aku amik dari laman web www.ukhwah.com
inilah realiti kehidupan kita masa kini....

Apa Yang Kita Kejar!!!

Seorang raja berhajat menghadiahkan sesuatu kepada salah seorang pengawalnya.Lalu dia dipanggil mengadap ke istana.“Paculah kuda kamu sejauh mana yang mampu. Sejauh mana kamu pergi selebar itulah tanah yang akan kamu miliki,”titah raja.Pengawalnya tersenyum girang mendengar tawaran itu.Hatinya mula berbisik, “lagi jauh perjalananku,lebih luaslah tanah yang akan aku peroleh.”





Tanpa berfikir panjang,pengawal itu pun melompat ke atas kudanya. Dia memecut laju….dan laju bagaikan derasnya tiupan angin.Hajatnya mahu sampai sejauh mungkin agar keluasan tanah yang diperoleh lebih banyak.apabila kudanya penat,dibelasahnya binatang itu agar terus memecut.Lapar,dahaga dan letih langsung tidak dihiraukan.Dia tidak mahu berhenti rehat walau sesaat kerana perasaaan tamaknya berkata , “kalau berhenti rugi.” Bagaimanapun kerana terlalu penat,kuda kesayangannya terjelepok jatuh lalu pengsan.pengawal itu jatuh tersepuk ke bumi. Badannya terlalu lemah dan langsung tidak berdaya untuk bangun. Digagahi juga,kerana keinginan untuk menambah keluasan tanah mengatasi segalanya.

Akhirnya di situ juga dia jatuh sakit dan terlantar keseorangan. Tanah yang luas beratus hekta yang menjadi miliknya tidak membawa erti apa-apa.
“kenapa aku terlalu tamak ?” Tanyanya yang ketika itu tersandar pada pangkal sebatang pohon.. “ sekarang ajalku semakin hampir.

Apakah aku masih perlukan tanah seluas ini? Padahal yang aku perlukan cuma sedikit tanah untuk mengambus jenazahku ,” rungut pengawal itu kesal.

Kekesalannya bagaimana pun sudah terlambat!
Apa yang dialami oleh pengawal itu adalah sama dengan kehidupan kita. Setiap hari kita paksa diri untuk mencari duit sebanyak mungkin. Kita berusaha untuk mendapatkan kuasa dan meraih pengiktirafan.

Kita abaikan kesihatan,pelajaran,abaikan masa bersama keluarga. Kita langsung tidak menghargai keindahan alam ciptaan yang maha agung dan sering lupa pada tanggungjawab sebagai hamba Allah.

Percayalah ……suatu hari nanti,kita akan sedar dari lena. Ketika itu barulah kita tahu bahawa perjalanan kita sudah terlalu jauh tersasar dari landasan.

Apa yang kita timbun selama ini langsung tidak membantu. Malah kita sebenarnya tidak memerlukan begitu banyak dalam hidup ini.
Sayangnya,ketika kita sedar ia sudah terlalu lambat. Kita tidak mampu memutar jarum jam ke belakang. Kita tidak mempunyai kekuatan untuk mengutip semula apa yang tercicir.

Ingatlah,kehidupan ini bukan untuk mengejar kekayaan semata-mata ataupun bermati-matian mendapatkan kuasa ataupun bertungkus-lumus mendapatkan pengiktirafan.

Kehidupan ini juga bukan sekali untuk kita menempa kekayaan sahaja.

Seharusnya kita bekerja untuk menikmati keindahan alam ciptaan tuhan ini.

Alangkah baiknya jika kehidupan ini diseimbangkan antara bekerja,belajar, dan bergembira. Barulah kita dapat membahagikan masa antara keluarga dan diri sendiri.
Orang lain tidak boleh membuat pilihan atau menentukan kehidupan kita.Hanya kita yang mampu mengenal pasti apa yang utama.Gembira adalah makna sebenar kehidupan.Bukanlah itu impian semua manusia.

Jadi rancanglah apa yang hendak kita buat dan nikmatilah keindahan alam semesta.Kehidupan ini terlalu rapuh dan singkat.Kesederhaan itulah kehidupan yang menyeronokkan.

"Sampaikanlah dari aku walau satu ayat..."Itulah konsep cerita dibawah ni. Tentang seorg pemuda yg ingin berdakwah. Semoga para pembaca mendapat sedikit sebanyak ilmu yg ingin sy sampaikan ini...


Suatu masa dahulu, ada seorg pemuda yg berguru dgn seorg alim ulama. Setelah genap 16 thn berguru, si pemuda berhasrat untuk berdakwah memandangkan dia telah mendapat semua ilmu si alim ulama itu. Namun, si alim ulama berkata,"Hai pemuda, bukan aku ingin menghalang niat mu itu. Tetapi ada lagi satu ilmu yg tidak ku ajarkan kpd mu."

"Tok guru, benarkanlah aku untuk berdakwah walaupun sekali."Rayu si pemuda. Setelah penat merayu, baru lah alim ulama itu melepaskannya untuk berdakwah.

Maka pergilah si pemuda dgn hati yg riang. Dia memakai jubah dan serban seperti alim ulama yg lain. Janggutnya juga seperti org yg berilmu. Dia tiba di sebuah perkampungan di mana villagersnya beragama Islam.

Dia ternampak sebuah masjid lalu singgah lah dia di situ untuk beribadat. Kebetulan bulan tu bulan Ramadhan, maka org kg yg nampak dia di masjid tu, mengajaknya untuk berbuka di situ bersama mereka.

Setelah berbuka puasa, mrk bersolat dan mendengar tazkirah. Seorg tok guru dtg diikuti 300 org anak murid untuk belajar dgn tok guru itu. Tazkirahnya pd hari tu adalah berkenaan haji.Si tok guru pun memulakan tazkirahnya prum..pram..prum..pram.. dgn hadithnya, ayat al-Qurannya dgn semangat hinggakan anak muridnya tercengang-cengang terpegun.

Si pemuda tadi juga mengagumi tok guru itu.Tapi, tiba-tiba tok guru itu berkata,"Hai anak murid ku sakalian. Aku telah menerima kata dari langit yg menyatakan bahawa kita x perlu ke Makkah untuk haji. Haji bleh dilakukan di belakang masjid ini shj. Binalah Kaabah di tnh lpg di blkg masjid ini dan tunaikanlah haji di situ."Begitulah kata-kata tok guru itu kpd anak muridnya. Si pemuda berasa marah krn tok guru itu tlh memesongkan ajaran agama Islam. Dia pun bangkit dan berkata dgn lantang, 'Tok guru itu sesat lagi menyesatkan!'Tok guru itu terkejut lalu berkata, "HAi anak murid ku, si pemuda itu tlh berlaku biadab dgnku, pukullah dia!"

Maka pemuda itu di pukul oleh 300 org anak muridnya. Dia kemudian dicampakkan keluar masjid. Dgn izin Allah, alim ulama itu dtg & membawanya pulang dan merawatnya.Setelah 3 hari, pemuda itu dibawa ke masjid itu semula dgn balutan yg masih x dibuka. Si alim ulama itu memakai baju biasa dgn kopiah semata-mata. Dia lihat spt musafir, bkn alim ulama.

Peristiwa yg sama berlaku kpd alim ulama dan dia memilh utk duduk di saf yg terakhir. Tajuk tazkirah kali ini pula solat fardhu.Di akhir tazkirah, tok guru itu berkata,"Hai anak murid ku, aku mendapat perintah dari langit bhw kita x perlu memnunaikan solat 5 kali. Cuma 3 waktu shj iaitu Zohor,Asar, dan Maghrib.""Hoo-ray!"Sorak 300 anak muridnya.Kemudian tok guru membuka sesi soaljawab. Maka pelbagai soalan ditanya dan dijwb olehnya dgn segala hadith dan ayat al-Quran.

Akhir sekali si alim ulama bangun dan berkat,"Hai tok guru, sy lihat tok guru ni, dahsyat! Berhujah dgn completenya. Siap terima kata-kata dari langit secara live pulak tu."Kemudian diaberkata pd si pemuda, "Pertama, tunggu dulu masa yg sesuai. Baru campur tangan. Yg ke-2, puji dulu org yg naj ditegur/ didakwah."

Kemudian, dia menyambung kata-katanya pdtok guru. "Kalau macam tu, tok guru ni, bukan setakat tok guru, boleh dogelar wali Allah!"Maka kembanglah si tok guru."Kalau macam tu, sy nak minta izin untuk mengambil beberapa helai bulu/rambut tok guru untuk mendapat berkat dari Allah."

Tanpa sempat tok guru berkata apapa, 300 org anak muridnya menyerbunya dan mencabut bulu-bulu nya. sehingga tiada lagi sehelai bulu/rambut di tubuhnya. Tok guru juga mati dlm masa yg sama ."Dan yg ke-3, barulah bunuh org yg sesat lagi menyesatkan."Kemudian, pergilah mereka kembali ke tempat asal mereka.

Begitulah saudara2 ku, kalau nak tegur org,

1stly, tgk masa yg seswai.
2nd, puji dulu.
Bukan terus serang jer.
Lastly, baru la tegur dgn penuh dedikasi.

Thursday, December 02, 2004

Khasiat buah Mengkudu

Khasiat buah Mengkudu

Pengenalan

Buah Mengkudu atau nama saintifiknya ialah Morinda Citrifolia telah digunakan oleh penduduk Polinesia dan kepulauan Carrabien dalam mengubati pelbagai penyakit dan untuk menyihatkan badan. Di Malaysia, pengunaan mengkudu agak terbatas dan dipandang remeh. Kajian secara

Saintifik lebih 40 tahun telah dijalankan oleh Dr. R.M Heineike. Buah mengkudu telah dijadikan dalam bentuk jus untuk memudahkan penggunaannya dan juga untuk menghilangkan rasa busuk. Spesis mengkudu adalah antara spesimen yang banyak tersebar. Antara faktornya ialah sifat daya tahan biji-benihnya yang berupaya terapung untuk tempoh masa yang lama. Pepohon mengkudu boleh mencapai ketinggian sehingga 35 kaki atau 10 meter tinggi dengan bebunga putih. Dengan sifatnya yang istimewa, iaitu berbunga sepanjang tahun, dapat menghasilkan buah yang silih berganti.

Amalan Tradisi

Semenjak dahulu lagi, khasiat mengkudu telah diketahui oleh masyarakat tempatan. Malangnya, kegunaannya terhad kepada ulam dan kerabu walaupun sesetengahnya mengambil bahagian daunnya untuk kegunaan selepas bersalin, atau lebih tepat lagi sebagai awet muda.

Kajian Saintifik

Buah mengkudu mengandungi 12 kandungan penting seperti proxironine, asid kaproid, asid kaprilik, minyak penting, B-D- glucopiranose pentaacetate-2, asperuloside tetra acetate, glucose, Asid ascorbik (vitamin C) dan damnacanthol. Beberapa jenis kandungan ini boleh bertindak sebagai anti-bakteri melawan Escherichia coli, Salmonrlla typhi, Shigella paradysenteriac dan Staphylococcuss aureus. Buah mengkudu boleh memulihkan sistem penghadaman dan ini dapat membantu dalam memulihkan penyakit "hemorrhoidsm", hidung tersumbat dan "cerebral hemorrhage". Ia dapat juga membantu untuk meredakan "embolishsm" dan membantu untuk melancarkan aliran darah yang mugkin disebabkan ketulan-ketulan darah (ketulan darah ini terdapat dalam saluran darah dan mengurangkan perjalanan darah). Mengkudu juga bertindak sebbagai" anti-oxidant" yang sangat baik.

Kandungan yang paling penting dalam buah mengkudu adalah proxeronine. Proxeronine ini akan membentuk Xeronine apabila dimakan dan Xeronine ini boleh membaiki sel-sel yang rosak dan mengaktifkan sel-sel yang lemah. Salah satu unsur penting dalam mengudu ialah Damnacanthol yang boleh bertindak sebagai anti-virus dan anti-tumor yang boleh bertindak keatas beberapa jenis barah paru-paru.

Beberapa kajian klinikal menunujukan mengkudu dapat menolong masalah penyakit buah pinggang yang teruk. Ia juga menunjukkan sifat "anti-inflammatory" yang boleh membantu dalam merawat "arthritis". Dalam percubaan keatas tikus, berat badan, kesuburan sel darah putih dan kekuatan berenang bertambah setelah diberi jus mengkudu.

Secara umunnya, buah mengkudu boleh membantu dalam penyakit dibawah.

Semua penyakit-penyakit yang dicadangkan disini mungkin tidak memberi kesan yang sama:-

Tekanan Darah tinggi

Barah

Penyakit Jantung

Kencing Manis

Masalah Seksual

Lemah badan

Berat badan berlebihan(Kegemukan)

Masalah buah pinggang

Fikiran serabut

Alahan seperti alahan daripada makan udang dan ketam

Arthiritis

Masalah penghadaman

Angin Ahmar

Masalah tidur

Ketagihan merokok

Masalah Penafasan

Kurang Tenaga

Batuk

Cacing

Gout

Asma

Resdong

Gastrik

Tumor

Luka Kecil

Kelimumur

Kebengkakan

Keracunan Makanan



Rujukan

Perry. L.M. "Medical Plants of East and Southest Asia: Attributed Properties and Uses". Cambridge , MA : The MIT Press 1980:352-382

Raj, R. "Screening of indigenous plants for anthelmintic action against Ascaris Lumbaicoides" Ind. Physiol Pharmacol 1975.

Hirazumi, A. "Anticancer activity of Morinda citrifolia against Lewis Lung carcinoma and Rauscher retroviral Leukimia in mice." FASEB Journoul, 1995.

"Dr. Heinicke and the secrets of noni." Health News, Triple R. Publishing.

Singh, Y; Ikahinito, : Folk medicine in Tonga : A study on the use of Herbal medicines for obstetric and gynecological conditions and disorders: Journal of Ethnopharmacology, 1984.

Dr. Neil Solomon, M.D, Ph.D "Island Liquid:The 101 uses of Morinda Citrifolia"

Morton, J.E "The Ocean-going Noni, or indian mulberry (Morinda Citrifolia, Rubiaene) and some of its `colourful' relatives". Economic Botany 1992; 46(3): 241 -256.

Abbott, I. ; Shimazu, C. "the geografic origin of the palnts most commonly used for medicine by Hawaiians." Journal of Ethnopharmacology 1985; 14: 213 - 222.

Dittmar, A. "Morinda citrifolia L,: Use indigenous Samoan medicine." Journal of Herbs, Spices and Medical Plants 1993; 1(3): 77 - 92

Peerzoda., N.; Renaud, S; Ryan P. "Vitamin C and elemental composition of some bush fruits.". journal of plants Nutrition 1990; 13 (7): 787

Hadis Abu Hurairah r.a:

Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Iman terdiri daripada lebih dari tujuh puluh bahagian dan malu adalah salah satu dari bahagian-bahagian iman

Hadis Ibnu Umar r.a:

Nabi s.a.w mendengar seseorang menasihati saudaranya dalam hal malu iaitu melarangnya dan menganggap perbuatan itu buruk, lalu Nabi s.a.w bersabda: Malu itu sebahagian dari iman

Hadis Imran bin Husaini r.a:

Nabi s.a.w telah bersabda: Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan